Tuesday, April 5, 2011

EMAS sebagai tembok Inflasi

Assalamualaikum buat peminat emas dan juga pembaca blog ini.

                Pada posting kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit info berkaitan kelebihan emas dalam melawan kenaikan kadar kenaikan inflasi. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia adalah pada 2.2% iaitu pada bulan Disember 2010 (tertinggi dalam tempoh 19 bulan) dan secara tahunannya adalah pada1.8% tahun 2010. Walaupun demikian, kadar inflasi ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapakah pula kada inflasi pada tahun ini? adakah ianya turun ataupun meningkat. Jika naik, maka kita akan terbebanlah dengan kenaikan harga barangan. 

               Untuk melawan kadar kenaikan inflasi ini, pendapatan kita sepatutnya bergerak seiring dengan peningkatan kadar inflasi. Jika kenaikannya 2.2% maka peningkatan gaji kita mestilah sama ataupun lebih daripada 2.2% juga. Jika tidak, maka kita akan terbeban dengan kenaikan tersebut.Ini adalah kerana, secara mudahnya, pendapatan kita telah berkurang sebanyak 2.2% daripada gaji.

                 Kenaikan kadar inflasi ini sebenarnya mengurangkan wang simpanan kita di bank. Bayangkan jika kita mempunyai wang simpanan yang disimpan bermula dari awal tahun iaitu sebanyak RM10,000. Dengan kadar kenaikan tersebut, wang kita itu telah berkurang sebanyak 2.2% iaitu RM220 untuk setahun. Walaupun di dalam bank masih lagi menunjukkan baki sebanyak RM10,000 tetapi secara kemampuan nilai wang tersebut telah susut sebanyak RM220. Ini hanya setahun dan RM10,000. Bagaimanapula untuk 10 tahun dengan nilai RM100,000? ataupun lebih daripada itu. 

                    Dengan kadar kenaikan inflasi yang tidak menentu ini, ada baiknya kita tukarkan wang tersebut dalam bentuk emas. Jika dilihat kenaikan harga emas dapat mengatasi kenaikan kadar inflasi. Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 27%. Kenaikan 27% ini dapat mengatasi kadar kenaikan inflasi iaitu terdapat lebihan sebanyak 24.8%. Jika kita mempunyai emas nilainya RM10,000 maka dengan kenaikan itu nilai emas kita telah menjadi RM12,700. Walaupun berat emas itu tetap tidak berubah. Itulah salah satu sebab, mengapa ramai orang Malaysia telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Ini kerana emas adalah kalis inflasi berbanding wang kertas. 


No comments:

Post a Comment