Thursday, April 28, 2011

Sumber Berita Harian: 21 April 2011



Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns. Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.


“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.


Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.


Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.


Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.


Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.


Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”


Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.


“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Monday, April 25, 2011

Dinar emas elak ekonomi Islam `dicuri'

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Seorang ahli akademik menyatakan sudah tiba masanya negara-negara Islam melaksanakan sistem dinar emas dalam perdagangan pelbagai hala bagi melindungi kedaulatan dan kebebasan mereka.

Pensyarah Kulliyah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya, Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, selama ini sumber ekonomi umat Islam `dicuri' oleh kuasa kewangan asing yang mengaut keuntungan berasaskan tukaran mata wang kertas.

``Contohnya, walaupun Arab Saudi tidak rugi apabila memanfaatkan hasil jualan minyaknya kepada Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan wang kertas Dolar Amerika bagi membeli barangan lain.

``Tetapi secara faktanya, AS mendapatkan minyak secara atas angin dengan mencetak wang baru,'' katanya pada Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala, di sini hari ini.

Ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk `Dinar Emas dalam Perdagangan Pelbagai Hala' beliau menjelaskan, dinar emas sebenarnya adalah isu ekonomi dan bukannya Islam semata-mata kerana ia digunakan oleh tamadun sebelum Islam.

``Dinar emas kemudian diiktiraf dalam sistem kewangan Islam sehinggalah ia terhapus setelah kejatuhan khilafah Uthmaniah Turki pada 1924.

``Ia digantikan dengan sistem mata wang kertas yang mempunyai unsur keuntungan berasaskan riba,'' ujarnya.


Jelas beliau, sistem mata wang kertas juga mengembangkan spekulasi dan manipulasi sebagaimana dihadapi oleh Malaysia semasa krisis ekonomi pada 1997 hingga 1998.

Sebaliknya beliau berkata, penggunaan dinar emas, selain mampu menstabilkan sistem kewangan dunia, ia dapat mengurangkan kos transaksi.

Justeru beliau bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad agar sistem dinar emas dimulakan dalam perdagangan pelbagai hala dan bukannya domestik bagi memastikan mata wang domestik tidak terjejas.

Katanya, bank pusat negara-negara yang ingin menggunakan dinar emas perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan sistem tersebut.

``Semua transaksi luaran dilakukan melalui bank pusat dan kemudian pengeksport akan dibayar dalam mata wang mereka berdasarkan tukaran dinar emas,'' katanya.

Dalam hal ini beliau berkata, piawaian sistem timbangan emas perlu ditetapkan kerana dinar emas tidak wujud secara fizikal dalam pembayaran perdagangan pelbagai hala.

``Mengikut sejarah, satu dinar adalah sama dengan 4.25 gram emas tetapi bagi memudahkan, kita boleh menyebut satu dinar bersamaan dengan satu auns.

``Ini memandangkan standard harga emas dalam perdagangan antarabangsa kini disebut dalam Dolar Amerika bagi setiap auns,'' katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sistem dinar emas perlu dilaksanakan secara beransur-ansur kerana ia mungkin akan menjejaskan sistem mata wang negara-negara yang masih menyandarkan rezabnya kepada Dolar Amerika.

Sumber drp: ARKIB UTUSAN 23/10/2002

Kedudukan EMAS didalam ALQURAN

Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]


Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

Wednesday, April 13, 2011

Harga Emas semakin melonjak naik..!!!!!!!!!!!!!!! keluar di Kosmo



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13% pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Sumber dari Kosmo - 14 April 2011

Menurut pandangan penulis, harga akan meningkat lagi sehingga hujung tahun ini ... Kalau tgk trend tahun2 lepas, harga akan meningkat naik dengan mendadak bermula bulan Julai atau Ogos....
Kalau benar , pemilik2 emas semua akan menikmati keuntungan...

Kawan - kawan bila lagi..terutama Staff Celcom yg akan mendapat durian runtuh tak lama lagi :)
Hubungi saya segera, 019-2160006

Tuesday, April 5, 2011

Harga emas melonjak lagi...

Penulis merasakan seronoknye rasa menyimpan emas.. Anda bila lagi.. Jangan membuang masa.. Ayuh !!! Kita tukarkan matawang kertas kita kepada Emas.. 





EMAS sebagai tembok Inflasi

Assalamualaikum buat peminat emas dan juga pembaca blog ini.

                Pada posting kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit info berkaitan kelebihan emas dalam melawan kenaikan kadar kenaikan inflasi. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia adalah pada 2.2% iaitu pada bulan Disember 2010 (tertinggi dalam tempoh 19 bulan) dan secara tahunannya adalah pada1.8% tahun 2010. Walaupun demikian, kadar inflasi ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapakah pula kada inflasi pada tahun ini? adakah ianya turun ataupun meningkat. Jika naik, maka kita akan terbebanlah dengan kenaikan harga barangan. 

               Untuk melawan kadar kenaikan inflasi ini, pendapatan kita sepatutnya bergerak seiring dengan peningkatan kadar inflasi. Jika kenaikannya 2.2% maka peningkatan gaji kita mestilah sama ataupun lebih daripada 2.2% juga. Jika tidak, maka kita akan terbeban dengan kenaikan tersebut.Ini adalah kerana, secara mudahnya, pendapatan kita telah berkurang sebanyak 2.2% daripada gaji.

                 Kenaikan kadar inflasi ini sebenarnya mengurangkan wang simpanan kita di bank. Bayangkan jika kita mempunyai wang simpanan yang disimpan bermula dari awal tahun iaitu sebanyak RM10,000. Dengan kadar kenaikan tersebut, wang kita itu telah berkurang sebanyak 2.2% iaitu RM220 untuk setahun. Walaupun di dalam bank masih lagi menunjukkan baki sebanyak RM10,000 tetapi secara kemampuan nilai wang tersebut telah susut sebanyak RM220. Ini hanya setahun dan RM10,000. Bagaimanapula untuk 10 tahun dengan nilai RM100,000? ataupun lebih daripada itu. 

                    Dengan kadar kenaikan inflasi yang tidak menentu ini, ada baiknya kita tukarkan wang tersebut dalam bentuk emas. Jika dilihat kenaikan harga emas dapat mengatasi kenaikan kadar inflasi. Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 27%. Kenaikan 27% ini dapat mengatasi kadar kenaikan inflasi iaitu terdapat lebihan sebanyak 24.8%. Jika kita mempunyai emas nilainya RM10,000 maka dengan kenaikan itu nilai emas kita telah menjadi RM12,700. Walaupun berat emas itu tetap tidak berubah. Itulah salah satu sebab, mengapa ramai orang Malaysia telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Ini kerana emas adalah kalis inflasi berbanding wang kertas.