Monday, February 28, 2011

Jual EMAS beli EMAS

Pelaburan emas berbaloi - baloi ........

Taklimat berkaitan pelaburan emas dari Dato Salleh Majid

Saranan Dato Salleh Majid tentang PublicGoldTrader

Sistem Ar-Rahnu lebih meyakinkan

MEMANG sedih melihat ramai umat Islam terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi sehingga memudaratkan peminjam.
Mereka sanggup beratur panjang mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik.
Pajak gadai bukan Islam mengenakan kadar bunga yang tinggi selain berhadapan risiko kehilangan barang kemas yang digadaikan jika gagal menebus kembali. Ada menggunakan wang daripada pajak gadai itu untuk keperluan keluarga termasuk membeli makanan dan pakaian, malah ada bagi membiayai pengajian sekolah anak yang tinggal di asrama dan universiti. Keadaan itu menjadikan pajak gadai konvensional begitu dekat dengan masyarakat yang amat memerlukan sumber kewangan. Kadangkala mereka malu untuk meminjam daripada saudara-mara atau sahabat. Masalah birokrasi institusi kewangan bertauliah sedia ada pula mengenakan prosedur pinjamannya sangat ketat menyebabkan mereka tiada pilihan.
Dengan proses serta prosedur pinjaman wang yang mudah tanpa dokumen rumit menjadikan kedai pajak gadai bukan Islam tumpuan masyarakat. Berdasarkan sejarah, perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah perniagaan tradisi yang dibawa masuk orang Cina berketurunan Hakka sejak 1871. Melihat kepada senario semasa, keperluan terhadap sistem pajak gadai yang lebih telus dan tidak mencekik darah amat mendesak.
Penubuhan pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu adalah jawapan kepada masalah itu. Ar-Rahnu adalah kaedah di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya jika hutang itu tidak dapat dijelaskan.
Ar-Rahnu adalah pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sejak 1993 yang dimanfaatkan lebih 4.3 juta orang.
Perkembangan program berkenaan sangat memberangsangkan khususnya bagi menjana pendapatan penyedia dana. Sebanyak 63 cawangan Ar-Rahnu yang dikendalikan secara langsung oleh Koperasi Yapeim Berhad sejak 2000 dan bakinya Bank Rakyat sejak 1993 dan dua institusi lain bagi mengendalikan program itu. Hasil daripada kejayaan terbabit, banyak negara serantau menunjukkan minat dan mahu mengguna pakai model Ar-Rahnu yang dilaksanakan Malaysia.
Walaupun perkembangan perniagaan pajak gadai Islam amat menggalakkan, menurut Barjoyai (1999), nilai gadaian pajak gadai konvensional menguasai kira-kira 82 peratus pasaran dengan jumlah pinjaman RM1.5 billion.
Pajak gadai Islam hanya menguasai 15 peratus pasaran dengan nilai pinjaman RM275 juta.
Namun, yang menarik masyarakat bukan Islam turut memberi sambutan terhadap skim Ar-Rahnu.
Jika umat Islam sedar kepentingan pajak gadai Islam, insya-Allah masalah yang selama ini membebankan mereka akan dapat diselesaikan. - Harian Metro

Thursday, February 24, 2011

Pelaburan Emas Fizikal Bukan Seperti Main Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat emas.Masih ramai yang keliru mengenai pelaburan emas fizikal sehingga ada yang beranggapan pelaburan emas fizikal seperti main saham (yang ada kat BSKL tu).Memang konsepnya sama iaitu ada jual beli tapi tempoh masa jual beli berlainan sama sekali ( kecuali gold passbook di Public Bank dan Maybank ) .
Sebagai contoh , sahabat beli emas fizikal hari ini dan esok jual pada syarikat/pembekal.Tindakan ini memang merugikan walaupun keesokkan harinya harga emas naik.Ini kerana pelaburan emas fizikal lebih sesuai di kategorikan sebagai simpanan untuk jangka masa panjang / sederhana.Untuk lebih faham , saya akan berikan contoh yang amat simple :
Harga Emas Hari Ini :
Wel Sell ( Syarikat Jual ) : RM2600.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2400.00
Harga Emas Esok :
We Sell ( Syarikat Jual ) : RM2700.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2500.00
Berpandukan pada contoh diatas , ada kenaikan harga emas pada keesokkan harinya.Tapi harga syarikat beli balik ( We Buy ) belum lagi mengatasi harga anda beli iaitu RM2600.00.So jika sahabat jual , sahabat akan kerugian RM100.00.Pastikan semasa sahabat menjual , harga syarikat beli balik mengatasi harga syarikat jual pada kita.