Sunday, October 9, 2011

AcHTung.!!


Dear Valued Dealer,

Please be informed that Public Gold is currently experiencing the domain dispute with the web administrator, hence we are unable to access and receive any online booking detail starts from 7/10/2011, 6.30pm. Please resubmit your order made on this period.
From now onwards, kindly DO NOT make any (BUY or SELL) booking thru www.publicgold.com.mywww.publicdinar.com; and www.publicjewellery.com.my . Prices listed in these 3 websites will be all INVALID.

For price reference, please login to:

For price booking, please make thru:
1.       Call-in to PG branches during office hour.
2.       SMS to PG mobile phones.

Thursday, October 6, 2011

Harga baru per gram di Malaysia




As-Salam dari admin buat  pembaca di blog emasanasini.  Disini saya POST kan harga emas semasa dalam nilai per gram. Yelah biasanya admin post per OUNCE ye tak.. hehehe
Sekadar ingatan buat pembaca dan admin sendiri iaitu sentiasa lah kita bersyukur pada Allah Ta'ala dengan rezeki yg diberi dan mohon diberi perlindungan buat ciptaanNya.
“Emas tidak akan membuatkan anda kaya serta merta tetapi boleh mengelak anda dari semakin miskin”.

Sunday, October 2, 2011

Pengaliran Dinar dan Dirham

Artikel ini diperolehi daripada sheikhul maqari ustaz Othman Hamzah, mantan Imam Besar  masjid Shah Alam.  Sumber rujukan: http://www.syeikhulmaqari.blogspot.com/





1- Kalau setiap rumah memiliki sekeping dinar dan sepuluh keping dirham dan menggunakannya dalam muamalat seharian. Sementara pekedai-pekedai Islam bersedia menerima dirham dan dinar sudah tentu pengaliran dinar dan dirham akan mengalir dengan deras. Dinar adalah emas sementara dirham adalah perak. Kedua-dua logam ini sentiasa bernilai dalaman tersendiri.

2- Pengaliran Dinar dan Dirham dalam muamalah Islam, digeruni oleh pengamal sistem kewangan hari ini, terutamanya Amerika Syarikat. Mereka kini telah dikelilingi oleh hutang piutang yang sudah tidak mampu dibayar, sehingga mereka menyekat dolar-dolar US di luar Negara jangan masuk semula ke dalam Negara mereka, bagi mencegah berlakunya hyperinflasi. Hyperinflasi akan menyebabkan Amerika Syarikat akan bankrap, seperti berlakunya di Negara Zimbawei pada hari ini.

3- Amerika Syarikat tidak akan mampu bangkit lagi sekiranya sistem kewangan hari ini berubah dari fiat Money kepada Dinar dan Dirham. Negara-negara Islam dahulu mengamalkan Dinar dan Dirham. Amerikalah yang mengutip emas-emas dari Negara-negara Islam dan ditukarkannya kepada note money. Mereka ambil emas, kita ambil kertas yang diberi nilai. Siapa cerdik!!!!!!!

4- Kini disaat Amerika menghadapi krisis ekonomi yang teruk, pengangguran, dan hutang yang banyak pun, jiwa hamba Negara-negara Islam tetap terus menghantar real material seperti getah dan minyak mentah. Mereka hanya menulis sekeping kertas yang diberi nilai senilai material yang kita berikan. Siapa cerdik!!!!!! Dan siapa bo***!!!!!!

5- Bank-bank mereka terutamanya switzland menyimpan emas sementara bank-bank kita menyimpan kertas yang diperakukan nilainya. Siapa yang beri nilai pun tidak pasti. Dulu wang dikeluarkan berdasarkan rezab Emas, sekarang tidak lagi.

6- Wang boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa sandaran apa-apa benda. Tidak ada satu kuasa pun yang boleh menghalang pengeluaran wang oleh pihak kerajaan. Tidakkah Hyperinflasi bila-bila boleh berlaku kepada negara-negara yang mengamalkan sistem ini.

7-Kalau anda menyimpan wang wang kertas dalam bank atau menyimpan “angka” dalam buku bank anda, berlaku kerisis ekonomi sehingga nilai ringgit jatuh nilainya. Sementara wang kertas memang akan susut nilai 4% setahun. Siapakah yang rugi!!!!.

8- Bayangkan pula kalau wang-wang kertas tersebut ditukar dalam bentuk emas. Ekonomi jatuhkah, emas yang akan terus bernilai. Tidakkah pihak lain boleh menentukan, menaik dan menjatuhkan nilai ringgit kita. Emas pula memang sentiasa tinggi. Untung tak!!!!!!

9- Sistem Dinar dan Dirham adalah sistem menyimpan emas dan perak. Sistem yang diamalkan oleh Rasulullah, begitu juga diperkemas zaman Umar dan khalifah sesudahnya, sampailah kepada negara-negara Islam mengamalkannya. Nilai 1 Dinar zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Nilai 1 Dinar juga boleh membeli seekor kambing pada hari ini. Ertinya kuasa belinya sama. Lihat pula seringgit Malaysia sepuluh tahun dahulu adakah sama kuasa belinya dengan seringgit Malaysia pada hari ini. Tidakkah sistem ini dapat melindungi kekayaan kita.

10- Kalau anda menyokong Sunnah Nabi, anda tentunya menyokong sistem Islam tentunya anda menyokong Dinar dan Dirham. Dan kalau anda menyokong Dinar dan Dirham, mesti mulakan sekarang. Beli dinar, beli dirham. Tukar wang anda dalam bentuk dirham dan dinar, emas dan perak. Apa pun “brand” nya, Dinar itu emas bernilai dan nilainya akan naik. Begitu juga perak bernilai dan kini nilainya meningkat.

11- Untuk cepat mengalirnya Dinar dan Dirham dalam muamalah kita, kedai-kedai orang Islam mesti memulakan membeli satu jumlah Dinar dan Dirham untuk jadi tukaran,mengiklankan “Kami menerima Dinar dan Emas” . Dinar dan Dirham yang terkumpul dialirkan kepada pendokong-pendokong Dinar dan Dirham. Jadi Dinar dan Dirham bukan sekadar untuk disimpan, tapi bergerak dan mengalir dan berpusing dalam muamalah kita. Anda sebagai penyokong hendaklah menukarkan wang anda dalam bentuk Dinar dan Dirham, seterusnya menggunakannya dalam urusan jual beli.


Tuesday, September 27, 2011

Laporan Khas Pelaburan Emas oleh TV9.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca blog sekalian?</div>

Admin doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya. Maaf lambat update cerita2 panas lagi terkini disebabkan kesibukan tugas di pejabat.

Baiklah, untuk kali ini admin ingin berkongsi klip berita TV9 berkenaan edisi khas mengenai Pelaburan Emas.






Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya berharap laporan khas ini boleh membantu anda mendapat info ringkas mengenai pelaburan emas.
Selain itu penting untuk anda mengenalpasti apakah itu pelaburan emas yang betul dan juga skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai topeng mereka.
Di dalam laporan khas ini juga, wartawan TV9 telah mendapat kenyataan berhubung pelaburan emas dari  Bank Negara Malaysia. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,  kita dimaklumkan bahawa mengenai 2 perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:
1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.
  (bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)



2. Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.





Jadi, admin berharap laporan khas pelaburan emas TV9 ini boleh membuka minda anda mengenai potensi lumayan di dalam pelaburan emas dan perbezaan pelaburan emas yang betul dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
Jika ada membuat pelaburan emas dengan betul, pulangan lumayan menanti anda .  

JOM, ape lagi, hubungilah segera emasanasini / 0192160006 utk rundingcara dan keterangan terperinci tentang Emas.

Monday, August 8, 2011

Gold to reach US$2,100 in 2014

KUALA LUMPUR: The rally on gold price is far from over. Steve Brice, Standard Chartered Bank chief investment strategist, believes that despite gold already trading at a record high level, the price could go higher to US$2,100 (RM6,174) per ounce in three years, more than 20% higher than the current level of US$1,615.

He said gold is favoured over other investment assets as it is expected to generate good returns. And the precious metal is considered a handy tool to diversify an investment portfolio given that gold has a low correlation with equities, he told a media briefing yesterday.

“It is likely equities will have a high volatility, and so if you have a high percentage of equity in your portfolio then obviously you have a high volatility. You can mitigate that with bonds, but you could expect bonds to give relatively low return, or even negative return, depending on which bond market you’re looking at,” he said.

He argued that even in a global economic slowdown, gold is more attractive as policymakers worldwide would take steps to stimulate their economies by loosening monetary and fiscal policy where appropriate, which would inflate the price of gold.

“Loosening monetary policy, whether by monetising debts or devaluing currency, all that should be positive for gold,” Brice said.

He explained that as countries print more money to address their rising debt levels, this would result in ample liquidity in the financial system looking for investment avenues for returns.


Brice says gold is favoured over other investments assets as it is expected to generate good returns.
“[The money] will all end up in high-yielding investment assets such as gold,” he said.

Brice believes gold is a safe haven, but he said the only risk to the gold price rally would be if all the current economic problems did not exist, which is a very low probability outcome.

However, he conceded that in good economic conditions when equities would rally, the gold price would probably weaken. In that scenario the gold price, which has rallied 43% from the bottom of the financial crisis in December 2007, would be in correction.

Brice pointed out that in the last 15 years, central banks around the world have always been net sellers of gold, until 2010. However, Asian central banks remain underweight on gold as a percentage of their total foreign exchange reserves, according to information from the World Gold Council and Standard Chartered Research.

For example, China holds 1,054 tonnes of gold, which makes up of only 1.6% of the total value of its reserves. The Bank of Japan holds 765 tonnes or 3.2% of its total reserves, while the Monetary Authority of Singapore holds 127 tonnes of gold which constitute 2.4% of its total reserves value. As at June 30, BNM’s reserves included US$1.76 billion in gold. The average percentage of gold reserves worldwide stands at 11.1%.

“So if China wants to get to 11% (on par with worldwide average), it would have to purchase US$300 billion worth of gold. Clearly, they are not going to do that because it would push the gold price a lot higher than US$2,100, and they can’t physically do that. But even to keep the gold price at US$1,600 they would have to purchase US$10 billion of gold a year,” he said.

The higher demand for gold as a foreign exchange reserve by central banks around the world, Brice said, would help to push the gold price a lot higher than what it is today.


This article appeared in The Edge Financial Daily, August 2, 2011.

UPDATE 1-COMMODITIES-U.S downgrade to hit prices, panic unlikely

* Trading seen volatile, demand outlook weakens

* Weaker dollar to give no lasting boost to commodities

* China growth still seen supporting commodities

By Manolo Serapio Jr and Dmitry Zhdannikov

SINGAPORE Aug 7 (Reuters) - Commodities, except gold, will likely fall when markets open on Monday due to a U.S. ratings downgrade and a worsening debt crisis in Europe but panic shall be avoided.

Bullion should benefit from renewed risk-aversion while outlook for demand for oil, base metals and grains deteriorates.

Strong economic growth in China -- the world's top copper consumer, No. 2 oil user and major buyer of grains -- as well as tight global supplies for some raw materials including coal and iron ore, will provide certain support and some investors may see weakness as a buying opportunity.

"It should be an orderly decline, nothing to panic about. The important thing now is that confidence doesn't slip too far," said Citigroup analyst David Thurtell.

Standard & Poor's cut the long-term U.S. credit rating to AA-plus on Friday, a move that over time could ripple through markets by pushing up borrowing costs and making it more difficult to secure a lasting recovery.

- Sumber , kitco.com

Friday, July 1, 2011

Gold settles at lowest in six weeks

By Claudia Assis
SAN FRANCISCO (MarketWatch) -- Gold retreated to its lowest in six weeks as commodities got hit on Friday and investors migrated to other assets such as U.S. stocks. Gold for August delivery declined $20.20, or 1.3%, to settle at $1,482.60 an ounce on the Comex division of the New York Mercantile Exchange. That puts weekly losses at 1.2%, and marks the lowest settlement since May 17.

Sumber: www.kitco.com

Tuesday, June 28, 2011

Graf SpotGold utk setakat ini.. 1503.70 USD/oz pd June28 23:30 US time..

EMAS dah start pickup (bullish trend)

SINGAPORE, June 29 (Reuters) - Gold edged higher on
Wednesday, as investors are optimistic that Greece's parliament
will approve an austerity plan later in the day, underpinning
sentiment in bullion and other commodities.

FUNDAMENTALS
* Spot gold inched up 0.1 percent to $1,502.36 an
ounce by 0030 GMT, building on gains from the previous session.
COMEX gold GCcv1 gained 0.2 percent to $1,503.50.
* Greece remains in focus, as its parliament is scheduled to
vote on an austerity package demanded by international lenders
as part of a massive bailout later on Wednesday.

* Expectations that the parliament will approve the plan
underpinned the euro to hold steady against the dollar,
supporting sentiment in gold and other commodities.
* The 19-commodity Reuters-Jefferies CRB index rose
1.7 percent on Tuesday, its biggest daily rise in nearly six
weeks.
* Further supporting the euro, European Central Bank
President Jean-Claude Trichet signalled a rate hike at next
monthly meeting.


Sumber: www.kitco.com

Monday, June 13, 2011

Patutlah harga emas turun...rupa2nya pasaran minyak mentah yg lemah

(Kitco News) - Comex gold and silver futures prices finished the day session in New York lower on a sharp sell off in crude oil futures prices. Technically related selling was also featured as both gold and silver prices fell below some key near-term support levels. August gold last traded down $10.20 an ounce at $1,519.00. Spot gold last traded down $13.90 an ounce at $1,518.75. July Comex silver last traded down $01.302 at $30.025 an ounce.

Precious metals prices started the U.S. session under mild to modest selling pressure, but saw losses extended near midday when crude oil prices fell to their daily lows. Crude oil bulls are fading badly amid reports Saudi Arabia will begin pumping more crude oil in July. Weaker U.S. and China economic data recently is a major bearish fundamental that is pressuring the crude oil market. Overall, crude oil prices remain trapped in a wide, sideways trading range, but are now in the bottom portion of that range. Crude oil has been and will continue to be a leader in the raw commodity market sector.

There is some key economic data coming out of China early this week, and that will be closely watched by the market place. More weak Chinese data would be a bearish factor for the commodity markets, including the precious metals.

The U.S. dollar index traded slightly lower Monday. However, the index on Friday did post a bullish weekly high close as the bulls did gain a bit a fresh upside technical momentum, but need to show more power early this week to keep it. A weakening Euro currency as the European Union's debt problems are back on the front burner are pressure the Euro and supporting the U.S. dollar index. Any significant deterioration in the EU sovereign debt situation would be U.S. dollar-bullish. Reports say there is still no final IMF/EU/Greece agreement in place for dealing with Greece's sovereign debt problems.

Utk pembacaan yg lebih lanjut, layari: www.kitco.com

Tuesday, May 31, 2011

Selepas emas, warga India kejar perak pula

NEW DELHI 30 Mei - India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.

Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.

Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.

"Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.

"Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik," kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.

India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.

Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.

Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.

"Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun," kata Kothari.

Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.

"Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik," kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.

Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. - BERNAMA

Monday, May 16, 2011

Untuk Renungan


TERJEMAHANNYA:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Thursday, April 28, 2011

Sumber Berita Harian: 21 April 2011



Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns. Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.


“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.


Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.


Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.


Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.


Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.


Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”


Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.


“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Monday, April 25, 2011

Dinar emas elak ekonomi Islam `dicuri'

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Seorang ahli akademik menyatakan sudah tiba masanya negara-negara Islam melaksanakan sistem dinar emas dalam perdagangan pelbagai hala bagi melindungi kedaulatan dan kebebasan mereka.

Pensyarah Kulliyah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya, Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, selama ini sumber ekonomi umat Islam `dicuri' oleh kuasa kewangan asing yang mengaut keuntungan berasaskan tukaran mata wang kertas.

``Contohnya, walaupun Arab Saudi tidak rugi apabila memanfaatkan hasil jualan minyaknya kepada Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan wang kertas Dolar Amerika bagi membeli barangan lain.

``Tetapi secara faktanya, AS mendapatkan minyak secara atas angin dengan mencetak wang baru,'' katanya pada Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala, di sini hari ini.

Ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk `Dinar Emas dalam Perdagangan Pelbagai Hala' beliau menjelaskan, dinar emas sebenarnya adalah isu ekonomi dan bukannya Islam semata-mata kerana ia digunakan oleh tamadun sebelum Islam.

``Dinar emas kemudian diiktiraf dalam sistem kewangan Islam sehinggalah ia terhapus setelah kejatuhan khilafah Uthmaniah Turki pada 1924.

``Ia digantikan dengan sistem mata wang kertas yang mempunyai unsur keuntungan berasaskan riba,'' ujarnya.


Jelas beliau, sistem mata wang kertas juga mengembangkan spekulasi dan manipulasi sebagaimana dihadapi oleh Malaysia semasa krisis ekonomi pada 1997 hingga 1998.

Sebaliknya beliau berkata, penggunaan dinar emas, selain mampu menstabilkan sistem kewangan dunia, ia dapat mengurangkan kos transaksi.

Justeru beliau bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad agar sistem dinar emas dimulakan dalam perdagangan pelbagai hala dan bukannya domestik bagi memastikan mata wang domestik tidak terjejas.

Katanya, bank pusat negara-negara yang ingin menggunakan dinar emas perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan sistem tersebut.

``Semua transaksi luaran dilakukan melalui bank pusat dan kemudian pengeksport akan dibayar dalam mata wang mereka berdasarkan tukaran dinar emas,'' katanya.

Dalam hal ini beliau berkata, piawaian sistem timbangan emas perlu ditetapkan kerana dinar emas tidak wujud secara fizikal dalam pembayaran perdagangan pelbagai hala.

``Mengikut sejarah, satu dinar adalah sama dengan 4.25 gram emas tetapi bagi memudahkan, kita boleh menyebut satu dinar bersamaan dengan satu auns.

``Ini memandangkan standard harga emas dalam perdagangan antarabangsa kini disebut dalam Dolar Amerika bagi setiap auns,'' katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sistem dinar emas perlu dilaksanakan secara beransur-ansur kerana ia mungkin akan menjejaskan sistem mata wang negara-negara yang masih menyandarkan rezabnya kepada Dolar Amerika.

Sumber drp: ARKIB UTUSAN 23/10/2002

Kedudukan EMAS didalam ALQURAN

Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]


Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

Wednesday, April 13, 2011

Harga Emas semakin melonjak naik..!!!!!!!!!!!!!!! keluar di Kosmo



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13% pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Sumber dari Kosmo - 14 April 2011

Menurut pandangan penulis, harga akan meningkat lagi sehingga hujung tahun ini ... Kalau tgk trend tahun2 lepas, harga akan meningkat naik dengan mendadak bermula bulan Julai atau Ogos....
Kalau benar , pemilik2 emas semua akan menikmati keuntungan...

Kawan - kawan bila lagi..terutama Staff Celcom yg akan mendapat durian runtuh tak lama lagi :)
Hubungi saya segera, 019-2160006

Tuesday, April 5, 2011

Harga emas melonjak lagi...

Penulis merasakan seronoknye rasa menyimpan emas.. Anda bila lagi.. Jangan membuang masa.. Ayuh !!! Kita tukarkan matawang kertas kita kepada Emas.. 





EMAS sebagai tembok Inflasi

Assalamualaikum buat peminat emas dan juga pembaca blog ini.

                Pada posting kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit info berkaitan kelebihan emas dalam melawan kenaikan kadar kenaikan inflasi. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia adalah pada 2.2% iaitu pada bulan Disember 2010 (tertinggi dalam tempoh 19 bulan) dan secara tahunannya adalah pada1.8% tahun 2010. Walaupun demikian, kadar inflasi ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapakah pula kada inflasi pada tahun ini? adakah ianya turun ataupun meningkat. Jika naik, maka kita akan terbebanlah dengan kenaikan harga barangan. 

               Untuk melawan kadar kenaikan inflasi ini, pendapatan kita sepatutnya bergerak seiring dengan peningkatan kadar inflasi. Jika kenaikannya 2.2% maka peningkatan gaji kita mestilah sama ataupun lebih daripada 2.2% juga. Jika tidak, maka kita akan terbeban dengan kenaikan tersebut.Ini adalah kerana, secara mudahnya, pendapatan kita telah berkurang sebanyak 2.2% daripada gaji.

                 Kenaikan kadar inflasi ini sebenarnya mengurangkan wang simpanan kita di bank. Bayangkan jika kita mempunyai wang simpanan yang disimpan bermula dari awal tahun iaitu sebanyak RM10,000. Dengan kadar kenaikan tersebut, wang kita itu telah berkurang sebanyak 2.2% iaitu RM220 untuk setahun. Walaupun di dalam bank masih lagi menunjukkan baki sebanyak RM10,000 tetapi secara kemampuan nilai wang tersebut telah susut sebanyak RM220. Ini hanya setahun dan RM10,000. Bagaimanapula untuk 10 tahun dengan nilai RM100,000? ataupun lebih daripada itu. 

                    Dengan kadar kenaikan inflasi yang tidak menentu ini, ada baiknya kita tukarkan wang tersebut dalam bentuk emas. Jika dilihat kenaikan harga emas dapat mengatasi kenaikan kadar inflasi. Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 27%. Kenaikan 27% ini dapat mengatasi kadar kenaikan inflasi iaitu terdapat lebihan sebanyak 24.8%. Jika kita mempunyai emas nilainya RM10,000 maka dengan kenaikan itu nilai emas kita telah menjadi RM12,700. Walaupun berat emas itu tetap tidak berubah. Itulah salah satu sebab, mengapa ramai orang Malaysia telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Ini kerana emas adalah kalis inflasi berbanding wang kertas. 


Tuesday, March 29, 2011

Bijak Emas dalam HMetro


Salam semua,
Artikel ni diperolehi dari Harian Metro 29 Mac 2011. Tahniah kepada MD (Master Dealer) kerana nama nya satu Malaysia dah tau.. he3x
Sekiranya kita bersungguh2, ikhlas dan memberitahu rakan2 bahawa menyimpan emas adalah lebih bernilai berbanding wang kertas, tidak mustahil anda juga akan berada di puncak suatu hari nanti.
Diharap lepas ni, nama penulis pula yang akan berada di akhbar2 utama.. InsyaAllah..

Saturday, March 5, 2011

Dolar seperti tisu tandas

Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.


Sumber Daripada Utusan Malaysia

Thursday, March 3, 2011

Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca web saya? Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya.

Baiklah kali ini penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.


1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400


2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.


(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh pembaca dapati dengan melayari ink diatas)



Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak :)

Monday, February 28, 2011

Jual EMAS beli EMAS

Pelaburan emas berbaloi - baloi ........

Taklimat berkaitan pelaburan emas dari Dato Salleh Majid

Saranan Dato Salleh Majid tentang PublicGoldTrader

Sistem Ar-Rahnu lebih meyakinkan

MEMANG sedih melihat ramai umat Islam terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi sehingga memudaratkan peminjam.
Mereka sanggup beratur panjang mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik.
Pajak gadai bukan Islam mengenakan kadar bunga yang tinggi selain berhadapan risiko kehilangan barang kemas yang digadaikan jika gagal menebus kembali. Ada menggunakan wang daripada pajak gadai itu untuk keperluan keluarga termasuk membeli makanan dan pakaian, malah ada bagi membiayai pengajian sekolah anak yang tinggal di asrama dan universiti. Keadaan itu menjadikan pajak gadai konvensional begitu dekat dengan masyarakat yang amat memerlukan sumber kewangan. Kadangkala mereka malu untuk meminjam daripada saudara-mara atau sahabat. Masalah birokrasi institusi kewangan bertauliah sedia ada pula mengenakan prosedur pinjamannya sangat ketat menyebabkan mereka tiada pilihan.
Dengan proses serta prosedur pinjaman wang yang mudah tanpa dokumen rumit menjadikan kedai pajak gadai bukan Islam tumpuan masyarakat. Berdasarkan sejarah, perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah perniagaan tradisi yang dibawa masuk orang Cina berketurunan Hakka sejak 1871. Melihat kepada senario semasa, keperluan terhadap sistem pajak gadai yang lebih telus dan tidak mencekik darah amat mendesak.
Penubuhan pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu adalah jawapan kepada masalah itu. Ar-Rahnu adalah kaedah di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya jika hutang itu tidak dapat dijelaskan.
Ar-Rahnu adalah pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sejak 1993 yang dimanfaatkan lebih 4.3 juta orang.
Perkembangan program berkenaan sangat memberangsangkan khususnya bagi menjana pendapatan penyedia dana. Sebanyak 63 cawangan Ar-Rahnu yang dikendalikan secara langsung oleh Koperasi Yapeim Berhad sejak 2000 dan bakinya Bank Rakyat sejak 1993 dan dua institusi lain bagi mengendalikan program itu. Hasil daripada kejayaan terbabit, banyak negara serantau menunjukkan minat dan mahu mengguna pakai model Ar-Rahnu yang dilaksanakan Malaysia.
Walaupun perkembangan perniagaan pajak gadai Islam amat menggalakkan, menurut Barjoyai (1999), nilai gadaian pajak gadai konvensional menguasai kira-kira 82 peratus pasaran dengan jumlah pinjaman RM1.5 billion.
Pajak gadai Islam hanya menguasai 15 peratus pasaran dengan nilai pinjaman RM275 juta.
Namun, yang menarik masyarakat bukan Islam turut memberi sambutan terhadap skim Ar-Rahnu.
Jika umat Islam sedar kepentingan pajak gadai Islam, insya-Allah masalah yang selama ini membebankan mereka akan dapat diselesaikan. - Harian Metro

Thursday, February 24, 2011

Pelaburan Emas Fizikal Bukan Seperti Main Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat emas.Masih ramai yang keliru mengenai pelaburan emas fizikal sehingga ada yang beranggapan pelaburan emas fizikal seperti main saham (yang ada kat BSKL tu).Memang konsepnya sama iaitu ada jual beli tapi tempoh masa jual beli berlainan sama sekali ( kecuali gold passbook di Public Bank dan Maybank ) .
Sebagai contoh , sahabat beli emas fizikal hari ini dan esok jual pada syarikat/pembekal.Tindakan ini memang merugikan walaupun keesokkan harinya harga emas naik.Ini kerana pelaburan emas fizikal lebih sesuai di kategorikan sebagai simpanan untuk jangka masa panjang / sederhana.Untuk lebih faham , saya akan berikan contoh yang amat simple :
Harga Emas Hari Ini :
Wel Sell ( Syarikat Jual ) : RM2600.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2400.00
Harga Emas Esok :
We Sell ( Syarikat Jual ) : RM2700.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2500.00
Berpandukan pada contoh diatas , ada kenaikan harga emas pada keesokkan harinya.Tapi harga syarikat beli balik ( We Buy ) belum lagi mengatasi harga anda beli iaitu RM2600.00.So jika sahabat jual , sahabat akan kerugian RM100.00.Pastikan semasa sahabat menjual , harga syarikat beli balik mengatasi harga syarikat jual pada kita.

Sunday, January 23, 2011

Cite emas lagi dah.....

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan
akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh
hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi
sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk
sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg
merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan
  
perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik
duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,
bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti
jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi p! erkara ni tak
mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni
Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti
berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di
Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan
segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis
akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk
daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih
close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE
FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat
dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah
wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak
jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah
nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit
emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di
Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku,
org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam
akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr
M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi
kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis
buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk
angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk
angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit
kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di
rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk
sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun
di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal
money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal
ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia
(i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita
hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,
Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,
ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan
tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam
ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah
akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly
Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di
access via internet. Media mcm ni dibaca oleh
sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2
pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku
buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat
tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada
air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang
dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US
dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada
negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2
Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk
buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal
usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg
menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian
hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE
DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan
kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar
dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001
melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik
sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada
tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam
50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle
East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak!
Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak
ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut
kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel
renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi
ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku
tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa
kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga
nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya
menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi
US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi
tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi
kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg
juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr
M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm
bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat
daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan
pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah
dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi
hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas
dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BAN
menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan
duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab
kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia
1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia
tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg
sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru
tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT
KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat
tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang
MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit
kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara
lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang
sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa
untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar
Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large
imbalance of growing indebtedness by the US is a risk
not only for the US economy, but for the world
economy.


Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over
time there is only one direction for the dollar to go
lower.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we
view them as TIME BOMBS both for the parties that deal
in them and the economic system.

Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,
we have a 75% chance of a crisis within 5 years.


Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan
pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku
ni, terpulang lah. Wallahualam.