Showing posts with label DINAR_DIRHAM. Show all posts
Showing posts with label DINAR_DIRHAM. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Pengaliran Dinar dan Dirham

Artikel ini diperolehi daripada sheikhul maqari ustaz Othman Hamzah, mantan Imam Besar  masjid Shah Alam.  Sumber rujukan: http://www.syeikhulmaqari.blogspot.com/





1- Kalau setiap rumah memiliki sekeping dinar dan sepuluh keping dirham dan menggunakannya dalam muamalat seharian. Sementara pekedai-pekedai Islam bersedia menerima dirham dan dinar sudah tentu pengaliran dinar dan dirham akan mengalir dengan deras. Dinar adalah emas sementara dirham adalah perak. Kedua-dua logam ini sentiasa bernilai dalaman tersendiri.

2- Pengaliran Dinar dan Dirham dalam muamalah Islam, digeruni oleh pengamal sistem kewangan hari ini, terutamanya Amerika Syarikat. Mereka kini telah dikelilingi oleh hutang piutang yang sudah tidak mampu dibayar, sehingga mereka menyekat dolar-dolar US di luar Negara jangan masuk semula ke dalam Negara mereka, bagi mencegah berlakunya hyperinflasi. Hyperinflasi akan menyebabkan Amerika Syarikat akan bankrap, seperti berlakunya di Negara Zimbawei pada hari ini.

3- Amerika Syarikat tidak akan mampu bangkit lagi sekiranya sistem kewangan hari ini berubah dari fiat Money kepada Dinar dan Dirham. Negara-negara Islam dahulu mengamalkan Dinar dan Dirham. Amerikalah yang mengutip emas-emas dari Negara-negara Islam dan ditukarkannya kepada note money. Mereka ambil emas, kita ambil kertas yang diberi nilai. Siapa cerdik!!!!!!!

4- Kini disaat Amerika menghadapi krisis ekonomi yang teruk, pengangguran, dan hutang yang banyak pun, jiwa hamba Negara-negara Islam tetap terus menghantar real material seperti getah dan minyak mentah. Mereka hanya menulis sekeping kertas yang diberi nilai senilai material yang kita berikan. Siapa cerdik!!!!!! Dan siapa bo***!!!!!!

5- Bank-bank mereka terutamanya switzland menyimpan emas sementara bank-bank kita menyimpan kertas yang diperakukan nilainya. Siapa yang beri nilai pun tidak pasti. Dulu wang dikeluarkan berdasarkan rezab Emas, sekarang tidak lagi.

6- Wang boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa sandaran apa-apa benda. Tidak ada satu kuasa pun yang boleh menghalang pengeluaran wang oleh pihak kerajaan. Tidakkah Hyperinflasi bila-bila boleh berlaku kepada negara-negara yang mengamalkan sistem ini.

7-Kalau anda menyimpan wang wang kertas dalam bank atau menyimpan “angka” dalam buku bank anda, berlaku kerisis ekonomi sehingga nilai ringgit jatuh nilainya. Sementara wang kertas memang akan susut nilai 4% setahun. Siapakah yang rugi!!!!.

8- Bayangkan pula kalau wang-wang kertas tersebut ditukar dalam bentuk emas. Ekonomi jatuhkah, emas yang akan terus bernilai. Tidakkah pihak lain boleh menentukan, menaik dan menjatuhkan nilai ringgit kita. Emas pula memang sentiasa tinggi. Untung tak!!!!!!

9- Sistem Dinar dan Dirham adalah sistem menyimpan emas dan perak. Sistem yang diamalkan oleh Rasulullah, begitu juga diperkemas zaman Umar dan khalifah sesudahnya, sampailah kepada negara-negara Islam mengamalkannya. Nilai 1 Dinar zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Nilai 1 Dinar juga boleh membeli seekor kambing pada hari ini. Ertinya kuasa belinya sama. Lihat pula seringgit Malaysia sepuluh tahun dahulu adakah sama kuasa belinya dengan seringgit Malaysia pada hari ini. Tidakkah sistem ini dapat melindungi kekayaan kita.

10- Kalau anda menyokong Sunnah Nabi, anda tentunya menyokong sistem Islam tentunya anda menyokong Dinar dan Dirham. Dan kalau anda menyokong Dinar dan Dirham, mesti mulakan sekarang. Beli dinar, beli dirham. Tukar wang anda dalam bentuk dirham dan dinar, emas dan perak. Apa pun “brand” nya, Dinar itu emas bernilai dan nilainya akan naik. Begitu juga perak bernilai dan kini nilainya meningkat.

11- Untuk cepat mengalirnya Dinar dan Dirham dalam muamalah kita, kedai-kedai orang Islam mesti memulakan membeli satu jumlah Dinar dan Dirham untuk jadi tukaran,mengiklankan “Kami menerima Dinar dan Emas” . Dinar dan Dirham yang terkumpul dialirkan kepada pendokong-pendokong Dinar dan Dirham. Jadi Dinar dan Dirham bukan sekadar untuk disimpan, tapi bergerak dan mengalir dan berpusing dalam muamalah kita. Anda sebagai penyokong hendaklah menukarkan wang anda dalam bentuk Dinar dan Dirham, seterusnya menggunakannya dalam urusan jual beli.


Tuesday, December 7, 2010

KEMPEN BESAR-BESARAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM

Menghadiri Seminar “Emas dan dinar sebagai pelindung kekayaan semalam dapat memberi ilmu dan semangat baru kepada para pendokong Emas dan Perak . Beberapa perkara yang menjadi tumpuan seminar:

1- Fiat money adalah sistem kewangan dunia yang tidak ada sandarannya. Sesebuah Negara boleh mencetak wang sesuka hatinya. Secara jangka panjang ini akan membawa kepada hyperinflasi. Siapakah yang boleh menghalang pencetakan ini.

2- Walaupun sistem fiat money yang dimulakan oleh Amerika dan kekuatannya telah menjunam, tetapi kelemahan dan jiwa hamba negara-negara lain menyebabkan mereka tidak boleh memisahkan diri dari sistem fiat money ini.

3- Sistem Bank merangkumi juga amalan diperbankan Islam akan meneruskan sistem Riba yang diharamkan Allah juga merupakan pengumuman berperang dengan Allah. Pinjam seratus bayar dua ratus tidakkah riba nasiah (riba kerana bertangguh).

4- Sistem ini adalah satu penipuan yang dilakukan kepada rakyat. Rakyat menyimpan satu jumlah tertentu. Bank atau Negara mencetak sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut.

5- Meng”Islamkan” satu sistem yang orientasinya tidak islamik hanyalah penjenamaan istilah sahaja, analoginya seperti “Khinzir” yang cuba dihalalkan dengan sembelihan Syar’ie atau seperti mengislamikkan beer dan sebagainya.

6- Sistem Islami mestilah diamalkan menolak sistem-sistem yang diwujudkan ini. Ia bukan sistem baru. Tapi sistem Islam yang asal.

7- Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah sistem kewangan sejak zaman Rasul s.a.w. Ia sistem Sunni. Penggunaannya dalam muamalah seharian , sewaaan, gadaian, pinjaman bebas dari unsur Riba.

8- Sebagai perbandingan seseorang yang meminjam RM 1,000 . Dalam sistem wang kertas membayarnya RM seratus sebulan selama sepuluh kali, dirasakan merugikan pemberi pinjam. Ini kerana wang kertas susut nilai. Sebaliknya seseorang yang meminjam RM 10 dinar.

Peminjam membayarnya satu dinar- satu dinar sepuluh kali, pemberi pinjam tidak akan merasa kerugian kerana emas semakin lambat dibayar nilainya bertambah.

9- Oleh itu, memiliki Dinar dan dirham bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dialirkan dalam muamalah seharian seperti : dalam jual beli, sewa menyewa, pinjaman dan gadaian.

10- Sebagai momentum perubahan saya menyeru premis-premis perniagaan menerima Dinar dan Dirham dalam perniagaan mereka.

Sebagai contoh barangan yang berjumalah RM 40.00 boleh dibayar dengan 2 Dirham, barangan yang bernilai seratus boleh dibayar dengan harga 5 Dirham, barangan yang bernilai RM 200 bolehlah dibayar dengan 10 Dirham dan seterusnya mengikut nilai dirham harian. Begitu jugalah dalam pengamalan dinar.

11. Para peniaga boleh merujuk (Islamic mint.com) dan memaparkan harga dinar dan dirham secara harian kerana nilai dinar dan dirham berubah setiap 12 tengah malam.

Harga Dinar dan Dirham Kelantan untuk 5 Dis adalah seperti berikut:

Kelantan Dinar & Dirham

1/2 Dinar :: RM 336.5
1 Dinar :: RM 673
2 Dinar :: RM 1 346
5 Dinar :: RM 3 365
8 Dinar :: RM 5 384

1 Dirham :: RM 20
2 Dirham :: RM 40
5 Dirham :: RM 100
10 Dirham :: RM 200
20 Dirham :: RM 400


Sementara harga Dinar Public Gold berubah setiap 20 minit sekali, maka hendaklah dirujuk setiap kali melakukan muamalah dengannya. Sebagai contoh ketika post ini ditulis seperti berikut:

Dinar We Sell We Buy


Sumber :emas-amsyiq